Friday, April 8, 2011

Sokongggg Hari Tanpa Beg Plastik!!!

Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai  beg plastik :
    • Beg Plastik diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
    • Lebih kurang 60 - 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
    • Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga
    • Pengeluar beg plastic menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.
    • Di United Kingdom, pengharaman beg plastic adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
    • Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastic dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
    • Hanya 1%  dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula.
    • Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan.  Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
    • Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.
    • Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita.  Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.
    • Beg plastik juga memberi kesan yang padah kepada burung-burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik.

Thursday, February 17, 2011

RIAK dan TAKBUR dlm BSS (part.2)

perkataan RIAK mengikut maksudnya ialah seseorang yang berlagak atau angkuh dalam sesuatu perkara dan dalam sesuatu keadaan. Maka jelaslah disini sifat riak itu tadi ialah salah satu sifat yang memang tidak disukai dan ianya bukanlah menjadi ajaran dalam agama ISLAM. spertimana yang hamba paparkan di bawah ini melalui beberapa sumber yang boleh dipercayai termasuk kitab hadis::

-- Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan AMALAN seseorang iaitu antaranya ialah takbur atau sombong(RIAK)

-- Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, AMALAN tidak mempunyai erti.

-- Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

-- riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada AMALAN. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan.

-- Allah tidak akan menerima suatu AMALAN yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.

-- Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

-- Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maka jelaslah disini bahawa, apa yang dimaksudkan dgn RIAK/TAKBUR itu, sgt dimurkai Allah S.W.t, malah dapat menghancurkan amalan. Maksud menghancurkan amalan mengikut prinsip dlm BSS ialah, tak menjadi lah amalan itu semasa kita hendak menggunakannya...

Contohnya bahasa mudah jika si ramzul tadi berjurus hari-hari 1 hari 2 kali 2 round 50 jurusan selama sebulan, maka jika diikutkan teballah nur atau cahaya di dalam badannya itu. Jadi sampai suatu hari si Ramzul pon keluar ke Pekan berjumpa musuh lamanya dan diCABARnya untuk bergaduh... dan dia balik dengan lebam dan bengkak seluruh badan juga berdarah sana sini dan akhirnya koma seminggu..

Mengikut cerita seperti di atas ini maka yang sebenarnya menghalang amalannya dari 'menjadi' itu ialah sifat RIAK dan TAKBURnya.. jadi sia-sialah usahanya selama sebulan itu yang berjurus hari-hari 1 hari 2 kali 2 round 50 jurusan itu. itulah yang dinamakan 'temporary disable' itu.

TETAPI, jika si Ramzul itu dtg terus semula pada musuhnya itu jika dia tidak koma, ingin meminta maaf dengan hati yang ikhlas, tetapi musuhnya itu dengan niat zalimnya ingin menzalimi si Ramzul itu tadi, maka 'Jadi'lah amalan BSS itu tadi walaupun ianya tidak jadi 1 jam sebelumnya dan si Ramzul datang pada satu jam selepas kena pukul itu. mengapa begitu cepat ianya boleh 'jadi', kerana alasannya di sini ialah Ramzul bukan bersifat Riak lagi malah dtg dengan ikhlas utk meminta maaf.. Itulah yang dikatakn 'temporary disable'...