Friday, April 8, 2011

Sokongggg Hari Tanpa Beg Plastik!!!

Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai  beg plastik :
    • Beg Plastik diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
    • Lebih kurang 60 - 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
    • Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga
    • Pengeluar beg plastic menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.
    • Di United Kingdom, pengharaman beg plastic adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
    • Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastic dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
    • Hanya 1%  dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula.
    • Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan.  Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
    • Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.
    • Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita.  Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.
    • Beg plastik juga memberi kesan yang padah kepada burung-burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik.

Thursday, February 17, 2011

RIAK dan TAKBUR dlm BSS (part.2)

perkataan RIAK mengikut maksudnya ialah seseorang yang berlagak atau angkuh dalam sesuatu perkara dan dalam sesuatu keadaan. Maka jelaslah disini sifat riak itu tadi ialah salah satu sifat yang memang tidak disukai dan ianya bukanlah menjadi ajaran dalam agama ISLAM. spertimana yang hamba paparkan di bawah ini melalui beberapa sumber yang boleh dipercayai termasuk kitab hadis::

-- Menurut Rasulullah SAW, ada tiga penyakit yang akan menghancurkan AMALAN seseorang iaitu antaranya ialah takbur atau sombong(RIAK)

-- Imam al-Ghazali dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' berkata, takbur akan menjadi batas pemisah antara seseorang dengan kemuliaan akhlak. Orang takbur akan selalu mendustakan kebenaran, menganggap rendah orang lain dan meninggikan dirinya. Sedikit saja di hati ada sikap takbur, maka syurga akan menjauh, AMALAN tidak mempunyai erti.

-- Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

-- riak atau beramal kerana mengharap pujian orang lain. Riak adalah tingkatan terendah daripada AMALAN. Rasulullah SAW menyebutnya syirik kecil yang juga boleh menghapuskan kebaikan.

-- Allah tidak akan menerima suatu AMALAN yang dalamnya ada seberat debu saja perasaan riak. Hadis qudsi mengungkapkan bagaimana murkanya Allah kepada orang yang riak dalam amalannya.

-- Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

-- Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maka jelaslah disini bahawa, apa yang dimaksudkan dgn RIAK/TAKBUR itu, sgt dimurkai Allah S.W.t, malah dapat menghancurkan amalan. Maksud menghancurkan amalan mengikut prinsip dlm BSS ialah, tak menjadi lah amalan itu semasa kita hendak menggunakannya...

Contohnya bahasa mudah jika si ramzul tadi berjurus hari-hari 1 hari 2 kali 2 round 50 jurusan selama sebulan, maka jika diikutkan teballah nur atau cahaya di dalam badannya itu. Jadi sampai suatu hari si Ramzul pon keluar ke Pekan berjumpa musuh lamanya dan diCABARnya untuk bergaduh... dan dia balik dengan lebam dan bengkak seluruh badan juga berdarah sana sini dan akhirnya koma seminggu..

Mengikut cerita seperti di atas ini maka yang sebenarnya menghalang amalannya dari 'menjadi' itu ialah sifat RIAK dan TAKBURnya.. jadi sia-sialah usahanya selama sebulan itu yang berjurus hari-hari 1 hari 2 kali 2 round 50 jurusan itu. itulah yang dinamakan 'temporary disable' itu.

TETAPI, jika si Ramzul itu dtg terus semula pada musuhnya itu jika dia tidak koma, ingin meminta maaf dengan hati yang ikhlas, tetapi musuhnya itu dengan niat zalimnya ingin menzalimi si Ramzul itu tadi, maka 'Jadi'lah amalan BSS itu tadi walaupun ianya tidak jadi 1 jam sebelumnya dan si Ramzul datang pada satu jam selepas kena pukul itu. mengapa begitu cepat ianya boleh 'jadi', kerana alasannya di sini ialah Ramzul bukan bersifat Riak lagi malah dtg dengan ikhlas utk meminta maaf.. Itulah yang dikatakn 'temporary disable'...

Tuesday, December 7, 2010

Puisi Agung

Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka,
maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan.
Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepada-Nya!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk,
maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
karena Tuhan, dengan rahmat-Nya
akan tetap menerima mata wang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai
seratus keraguan mengenai Tuhan,
maka kurangilah
menjadi sembilan puluh sembilan saja.
Begitulah caranya!
Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji,
ayuhlah datang, dan datanglah lagi!
Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa
ataupun terpuruk ke dalam jurang,
ingatlah kepada-Ku,
kerana Aku-lah jalan itu.

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat sahabatnya. Ya Allah! Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu..amin
SALAM MAAL HIJRAH

salam hijrah 1432H

Assalamualaikum....

Salam hijrah daripada hamba yang cemar dgn dosa ini....hijrah...seringkali kita terlupa ttg tahun hijriah mengikut kalendar Islam.....tahun yg ke berapa? 1432H.....kenapa umat Islam sendiri pun boleh terlupa?....betapa pandai dan busuknya hati mereka2 yg sememangnya mahu menyesatkan kita.

Permulaan perkiraan tahun Hijriah telah bermula sejak pemerintahaan Saidina Umar Al -Khatab...Umar r.a telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam iaitu peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah..

Dalam Takwim Hijrah...terdapat 12 bulan.....Muharam,Safar,Rabiulawal,Rabiulakhir,Jamadilawal,Jamadiakhir,Rejab,Syaaban,Ramadhan,Syawal,Zulkaedah Zulhijjah.....Setiap bulan ada 29 atau 30 hari...hari pertama setiap bulan ditentukan apabila anak bulan kelihatan ketika matahari terbenam.....Bilangan hari adalah kira-kira 354.....

Perbezaan takwim hijrah dengan kalendar kristian adalah perkiraan bulan dikira mengikut peredaran matahari......bilangan hari pula adalah 365 hari....tidak dapat tidak kita terpaksa mengikut kalendar kristian untuk menyelaraskan putaran hidup di bumi......kecuali apabila ada orang Islam yg berkuasa dan mampu untuk mengubah kalendar kepada takwim Islam untuk diikuti oleh seluruh dunia........berasaskan pengaruh Barat,masyarakat Islam nampaknya semakin terpengaruh hinggakan hampir terlupa ttg kehebatan ilmuan Islam berbanding ilmuan Barat........ kita juga seolah2 faham apabila kita terlupa ttg tahun hijrah ke berapa.....jatuh pada bulan mana,,,,,namun kita harus bersyukur apabila masih ada insan2 yang berusaha untuk mengingatkan diri kita yg sering lalai dan hanyut dalam arus Barat............maka hendaklah kita tetapkan dalam diri kita untuk terus memelihara kesucian Islam daripada terus hilang dan hancur ditelan budaya Barat.

Sumber:Wikipedia 
 
Jadi,sama2 la kita korbankan rasa ego dan riak dalam hari-hari akan datang,kerna itu adalah halangan utama kita, umat islam untuk bersatu.  Amin...

Sunday, December 5, 2010

Nota vs Hasutan

Mencari idea dan ilmu baru,tapi lain pulak jumpa..Ni di copykn drp sebuah blog pembangkang terkenal yg menduduki rangking 4 popular di malaysia..Haha,ada betolnya jugak apa yg dinotakan ni..Kalau diajak,aku setuju join !

nota:
kalau pelajar dan mahasiswa
tak pernah turun berdemo
mereka bukan mahasiswa
ini mat bunga
ini mat skema

bila besar jadi mat kampau
kah kah kah

anak muda dan mahsiaswa
diseluruh dunia akan
menunjukakn muda mereka
dengan turun ke jalan raya

tunjukan kamu muda
gengam kan tangan
lakarlah sejarah

dunia ini akkhirnya
adalah milik anak muda !

kesunyian & kerungsingan

Memasuki hari kedua dimana penginap2 rumah kediaman beransur kurang kerna balik berkampung bersama keluarga,hati tidak pernah aman,wt calling kepada ma kt kg jauh sekali,takut2 semakin teringat kpd mereka..so lebih baik berdiam diri & mensibukkan diri agar kepala tidak sahaja bertumpu kt kg...Dalam masa yg sama, rungsing juga akan tanggunjawab yg diamanakan,takut2 tidak berjalan lancar dan ada cacat celanya..Tapi bila sekali keyakinan tiba2 muncul,sungguh gagah sekali terasa mulut & kaki bergerak..Masalahnya,keyakinan sekali sekala muncul.Tertimbus oleh pencapaian dan gelagat org lain..Susahnya nk nampak kegagahan diri sendiri padahal ia sangat menguntungkan diri sendiri selama mana bergelar manusia.

Saturday, December 4, 2010

poco-poco & niat

Assalamualikum,pendulu kalam kpd saudara seagama dan salam sejahtera..Kali pertama bertulis tulisan dalam 1 ruangan hebat cetusan manusia yang mengumpulkan segala kata-kata/ isi hati manusia masa kini. Alhamdulillah,lagu poco-poco yang didengari sekarang banyak mengamit kisah-kisah lalu walaupun kadang kala ingat cerita halimah jonggang iaitu atuk halimah yang juga jonggang & tiada gigi selalu menarikan joget ini..Tapi sebetulnya,poco-poco mengingatkan kembali semasa awal kedatangan aku ke UPSI & KAB pada julai 2008 (msk). Itulah kali pertama menarikan joget itu dan perasaan berdebar sentiasa ada mulai hari itu,takut akan perkara dan peraturan baru di UPSI.Hati tertutup rapat untuk berkenalan dengan rakan2 lain dan selalu teringatkn kg halaman,motor & kebun rambutan. Menghampiri 3 tahun berada di tanjung malim,tidak menduga banyak sekali perkara-perkara baru yang telah diketahui.Banyak jenis manusia yg telah dikenalpasti.Sangat banyak untuk diluahkan di sini. Tidak kurang telah tercipta episod hitam dalam tubuhku. Kepada teman2 junior hati hati dalam corak kehidupan di UPSI.Yang paling penting niat.Kerana niat dalam islam sangat mulia. Akhir kalam,poco-poco dijadikan tajuk pertama utk blog ini kerana ia telah mengingatkan kembali pada tujuaan utma ku universiti ini. Pendidikan kononnya,tapi masih belum muncul keyakinan untuk memberi pendidikan.Berbeza dengan sesetengah kita yang jelas-jelas riak untuk bergelar guru (kononnya),tapi sebenarnya tiada satu pun ciri mengambarkannya. Tapi tidak menjadi masalah berbuat demikian asalkan selari dengan niat dalam hati.