Saturday, December 4, 2010

poco-poco & niat

Assalamualikum,pendulu kalam kpd saudara seagama dan salam sejahtera..Kali pertama bertulis tulisan dalam 1 ruangan hebat cetusan manusia yang mengumpulkan segala kata-kata/ isi hati manusia masa kini. Alhamdulillah,lagu poco-poco yang didengari sekarang banyak mengamit kisah-kisah lalu walaupun kadang kala ingat cerita halimah jonggang iaitu atuk halimah yang juga jonggang & tiada gigi selalu menarikan joget ini..Tapi sebetulnya,poco-poco mengingatkan kembali semasa awal kedatangan aku ke UPSI & KAB pada julai 2008 (msk). Itulah kali pertama menarikan joget itu dan perasaan berdebar sentiasa ada mulai hari itu,takut akan perkara dan peraturan baru di UPSI.Hati tertutup rapat untuk berkenalan dengan rakan2 lain dan selalu teringatkn kg halaman,motor & kebun rambutan. Menghampiri 3 tahun berada di tanjung malim,tidak menduga banyak sekali perkara-perkara baru yang telah diketahui.Banyak jenis manusia yg telah dikenalpasti.Sangat banyak untuk diluahkan di sini. Tidak kurang telah tercipta episod hitam dalam tubuhku. Kepada teman2 junior hati hati dalam corak kehidupan di UPSI.Yang paling penting niat.Kerana niat dalam islam sangat mulia. Akhir kalam,poco-poco dijadikan tajuk pertama utk blog ini kerana ia telah mengingatkan kembali pada tujuaan utma ku universiti ini. Pendidikan kononnya,tapi masih belum muncul keyakinan untuk memberi pendidikan.Berbeza dengan sesetengah kita yang jelas-jelas riak untuk bergelar guru (kononnya),tapi sebenarnya tiada satu pun ciri mengambarkannya. Tapi tidak menjadi masalah berbuat demikian asalkan selari dengan niat dalam hati.

No comments:

Post a Comment